Tip top & marvellas…itu yang dapat saya katakan mengenai sambutan warga Sk Penderas,K.Krau,Temerloh terhadap Program Pemantauan KEDAP 2009 yang telah bermula dari 29 - 30 Julai 2009.Mulai dari Guru besarnya sehinggalah kepada gurunya,muridnya,staffnya,ibubapanya,tukang kebunnya dan jaganya sekali.Keikhlasan dan penerimaan di realitikan dari sambutan yang diberikan.
Dimulakan dengan sambutan paluan kompang oleh muridnya bak menyambut YB pulak membuatkan saya dan rakan-rakan teruja sangat.Membuatkan saya terus terharu kerana murid-murid terus berkompang tanpa mengira panas terik.Tanpa keikhlasan dan kesediaan warga Sk Penderas tidak akan membuat kami rasa begini.Keikhlasan itu diteruskan semasa mendaftarkan nama di kaunter pendaftaran dengan sebeg merah yang lengkap dengan makanan,minuman,mug,bahan bacaan dan macam-macam lagi.Dapat beg terus dijamukan pula dengan makan tengahari.Menunya,peh!tak dapat saya nak ceritakan sedapnya.Tak terkata.Setelah kenyang,kami dibawa ke bilik penginapan yang diluar jangkaan saya.Agak selesa dan lengkap.Program ini telah dirasmikan oleh YB Adun Penderas.
Petang itu,kami telah menjadi saksi kepada perubahan masyarakat pribumi ini.Perubahan itu jelas dapat disaksikan dalam kelas KEDAP.Abang dan kakak pribumi menunjukkan kesungguhan dan kebolehan dalam merubah kehidupan mereka selamanya.Bukti perubahan dan kesungguhan mereka dikuatkan lagi apabila saya melihat kepada folio yang mengandungi hasil-hasil tugasan yang disiapkan oleh mereka.
Setelah tamat kelas KEDAP,kami dibawa pula ke Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar di Perlok,15 km dari SK Penderas.Kami dapat melihat usaha gigih agensi tersebut dalam menjamin spesis ikan tempatan dapat terus kita nikmati dan amati.Tetapi usaha akan tinggal sekadar usaha sahaja jika sikap masyarakat yang tamat haloba terus menguasai diri.Akhirnya berputih matalah kita untuk lihat ikan patin, tapah,kelah,sebarau,jelawat dan ikan-ikan tempatan lain.Sayangilah ikan tempatan kita.
Balik dari Perlok,peluang menyaksikan budaya masyarakat semelai pula.Habis satu kampung turun untuk bersama kami berkongsi budaya dan amalan yang unik.Sungguh mengagumkan saya.Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan budayanya.Salah satu yang diperlihatakan adalah amalan berkhatan.Rupa-rupanya mereka pun berkhatan yea!Mereka pun ada seni silat.Apa yang boleh saya katakan,budaya masyarakat semelai ini lebih kurang budaya orang melayu.Program petang itu diakhir dengan pesta makan buah-buahan.
Pada malamnya,telah diadakan majlis solat berjemaah,tahlil dan solat hajat UPSR.Telah diimamkan oleh Imam masjid Kg.Paya Luas.Sayangnya tidak ramai jemaahnya.Sempat juga bersembang dengan Hj.Wahab,guru lama disitu tahun hadapan dah akan bersara.Masih ramai masyarakat dan murid yang tidak mendapat petunjuk islam.Apa yang menyedihkan agak kurang usaha dari jabatan agama islam daerah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.Apa bila diminta hadir ke majlis keagamaan yang dianjurkan oleh AJK masjid kg.penderas macam-macam alasan yang diberikan.Apatah lagi ingin menyumbangkan peruntukan kepada surau kampung.Kalau begitulah bagaimanakah sinar islam dapat terus bersinar.Saya amat kagum dengan usaha Hj.Wahab yang terus berusaha untuk menyedarkan masyarakatnya semelai tentang islam.Antara kejayaannya mengislamkan Bapa dan ibunya dan seterusnya keluarganya.Hj.Wahab,teruskan usahamu yang murni itu.Percayalah Allah swt akan sentiasa bersamamu.
Program ini diteruskan dengan kelas KEDAP yang diambilalih oleh kami pensyarah-pensyarah.Pengalaman yang amat bernilai dapat bersama-sama membina masyarakat semelai yang maju dan kehadapan daripada masyarakat-masyarakat pribumi yang lain.Dapat dilihat kesungguhan para pelajar tersebut untuk berubah.Teruskan usaha kalian.
Kini tibalah dipenghujung program,majlis perasmian penutup.oleh YB ahli parlimen K.Krau.Daripada majlis tersebut,dapat dilihat masyarakat orang asli dan masyarakat sekeliling sentiasa ingin bersama-sama pihak sekolah dalam merealisasikan impian kerajaan yang ingin meletakkan dan membawa masyarakat pribumi bersama-sama dalam aras permodenan dan globalisasi.Justeru itu,tidak hairanlah SK Penderas telah dinobatkan Sekolah Orang Asli paling cemerlang di Malaysia.Warga sekolah dan masyarakat bersama-sama berusaha mencipta kejayaan dan kecemerlangan.TAHNIAH!SK PENDERAS.
Keikhlasan perbuatan akan melahirkan hasil yang membanggakan dan akan diingati selama-lamanya oleh semua orang yang mengamati dengan iman.
No comments:
Post a Comment