Thursday, August 20, 2009

Antara yang cemerlang?

Begitulah isu-isu yang saya bawa untuk difikirkan bersama dengan staff-staff dalam kursus Etika kerja dan Pengurusan emosi di Sutra Beach Resort Merang,Kuala Terangganu.Ianya bermula dari 30Julai – 1 Ogos 2009.

Tetapi sebelum itu,apa yang bermain di alam fantasiku…AKU TAK BOLEH!Aku bukanlah orang yang layak untuk membincangkan isu etika kerja.Bagaimana ingin menjadi pekerja cemerlang.Aku budak-budak lagi.Nak bercakap dengan orang-orang yang jauh senior dan berpengalaman.Bolehkah aku melakukannya. Semuanya itu bermain-main dalam fikiran fantasiku.

Slotku bermula dengan lembu.Bagaimana kita dapat mengenali diri melalui lembu tersebut.Walaupun ianya simple tetapi mempunyai impak yang mendalam. Sekurang-kurangnya dapat mengembalikan nostalgia lalu semasa kecil kita. Suasana bermula dengan keceriaan dikalangan staff-staff.Permulaan yang baik. Paling penting yang ingin disampaikan adalah kenal diri sendiri. Mengajak semua termasuk saya untuk melihat kekuatan dan kelebihan disamping kelemahan diri.Dengan mengenali diri segala urusan,kerja dan tanggungjawab menjadi idea dan selaras.

Kecemerlangan dan kejayaan seseorang bukan terletak pada IQnya semata-mata tetapi EQ mempunyai pengaruh yang amat besar. Ianya terbukti dari kalangan staff-staff yang mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang,rata-ratanya tidak memiliki sijil akademik yang hebat.Ada kalangannya hanya dengan gred 3 dalam spm tetapi…dengan EQ yang hebat maka jadilah dia seorang pekerja yang hebat.

Anjing laut..binatang yang bijak.Dapat melakukan pelbagai aksi mengikut arahan tuannya.Tetapi dalam situasi yang lain kadang-kadang pelbagai aksi itu gagal dilaksanakan.MENGAPA? Anjing laut gagal untuk mengawal EQnya. Tewas dengan upah. Setiap kali selesai sesuatu aksi,secara automatik terus mencari tuannya mendapatkan upah tetapi kalau tidak ia akan memberontak.Jadi…jika dikait dengan kehidupan kita sebagai pekerja,tiap kali buat kerja fokus utama ganjaran,claim,anugerah cemerlang dll kita suka tetapi jika tidak dapat atau lewat aje…dah macam-macam keluar.Bukan saya mahu menafikan ganjaran,claim,anugerah itu.Ia penting juga tetapi tidaklah menjadi fokus utama.Yang penting Keredhaan Illahi dan keikhlasan.Tetapi dari sudut lain pula jika dilihat pada tabiat anjing laut itu,dia buat kerja/arahan dulu baru minta upahnya bukannya sebelum buat dah minta upah.FIKIR-FIKIRKAN lah….

Jika kita lihat pula kepada tabiat ayam,pabila matahari melabuhkan tirainya maka berlumba-lumbalah ayam yang mana tidur atas pokok,atas sakar dll tempat lagi. Sudah tidak boleh terbang. Ringkasnya mempunyai waktu terbang yang terbatas dari segi masanya.Kalau kita,masuk sahaja jam 4.45 petang sudah tidak boleh buat apa-apa.Mana yang mulanya sibuk dengan laptopnya mula shutdown,mula sembang-sembang.Betul tak?saya cakap pun untuk diri sendiri juga.Juga pada ayam,jika diancam musuh dia akan larikan diri.Bagi anak-anak ayam pula akan bersembunyi dibawah kepak ibunya. Ancaman tersebut bolehlah dianggapkan sebagai masalah. Kita perlu berhadapan dengan masalah kerana dari masalah itulah kita belajar. Dengan lari dari masalah bukan menyelesaikan masalah tetapi bertambah lagi masalah.Satu lagi yang jelas pada ayam,lepas mengais-gais dia akan tinggal sahaja. Samalah macam saya,lepas buat sesuatu kerja main tinggal sahaja.

TIKUS….. Sejenis haiwan yang tidak begitu ganas dan merbahaya.Namun haiwan ini boleh mendatangkan masalah kepada banyak golongan dari petani hingga ahli politik. Samada anda sedar ataupun tidak simbol tikus sudah lama bertapak dalam diri kita. Sifat TAMAK,GILA KUASA DAN FITNAH.Nak ke kita membasmi tikus dalam diri kita? Tapi bagaimana?

Paling utama dan pertama adalah dengan meningkatkan aktiviti kerohanian.Kembali mengabdikan diri kehadrat Illahi yang maha esa.Persoalannya,aktiviti kerohanian sudah cukup hebat tetapi tidak juga berjaya.Jawapanya kerana manusia sering memisahkan kehidupan kerohanian dan kehidupan realiti sehari-hari.

Keduanya nak tak nak kita perlu memiliki dan mencari kecekapan.Dengan kecekapan kita akan sedar tentang kedudukan kita.tetapi perlu diingatkan usah menggunakan kecekapan tersebut untuk kita menjadi ego dan tamak.

Satu perkara yang paling menyedihkan bila tikus dibawa kedalam diri kita sehingga ke tempat rehat kita yang terakhir.Lakukan pengorbanan seperti penolakan daripada orang sekeliling yang membawa kemusnahan dan kehancuran.Marilah kita membasmi tikus dalam diri.Tiada senyuman termanis selain daripada senyuman kemenangan bila tikus dapat dihapuskan.

No comments:

Post a Comment