Alang-alang ada KPKI di PPD Bera esok baik aku lencong sekejap ke SK Bukit Rok tengok Program KEDAP di sana.Bak pepatah orang tua “ Sambil menyelam minum Air “ kan.Kedudukannya lebih kurang 32 KM dari PPD Bera.
Jam 3.30 petang pada 11 HB Ogos 2009 ( Selasa ) aku tiba di SK Bukit Rok.Tapi sebelum tu..naik cuak!juga aku dibuatnya.Takut sesat dalam ladang sawit ni.Nasib baik juga bertemu dengan seorang brader tu,dia tunjukkan jalan ke sana.Banyak sangat simpang rupannya.Disebabkan sampai dah petang so..takde oranglah yang menyambutnya,cikgu takde murid-murid lagilah.Cuma aku disambut oleh jaganya sahaja.
Terkejut juga pada mulanya aku tengok keadaan sekolah ini yang jauh dari fantasi aku pada mulannya.Realiti yang tengok,peh!sudah dipenuh dengan bangunan-bangunan batu.Asrama putera dan puteri sahaja sampai 3 tingkat.Tetapi yang mahalnya,masih lagi meninggalkan bangunan-bangunan asalnya iaitu bangunan kayu.Diharapkan mentaliti dan pencapaian murid dan masyarakat disini pun sehebat kemajuan sekolahnya.
Masuk-masuk je..kedengaran guru sedang mengajar satu kelas.kelas tambahan kot.Punyalah semangat cikgu tu mengajar.Gaya-gayanya bukan orang tempatan di situ.Baguslah cikgu walaupun terpaksa mengajar di sekolah orang asli yang jauh macam ni cikgu masih bersemangat datang waktu petang buat kelas tambahan.Tahniah!cikgu…
Jam 4 petang aku masuk pulak kelas KEDAP.Hari ini ianya diajar oleh cikgu Muraini a/p Saat.Tetapi masuk-masuk aje kelas ini aku disambut oleh bau yang memasamkan hidung aku.Kalau tidak silap aku ini bau arak.Dilihat pada murid-muridnya kebanyakkannya pemuda-pemuda yang bertatu dilengan,badan dll.Ianya membuatkan aku sedikit menakutkan dan kurang selesa.Selain daripada cikgu Muraini,ia turut dibantu oleh dua orang cikgu lagi iaitu Cikgu Hodin B. Biau & Cikgu Asmaliza Bt. Hassan.
Apabila dilihat dari segi pencapaian mereka,daripada maklumat cikgu Muraini & Cikgu Asmaliza serta melalui pemerhatian aku,amat menyedihkan masih ramai antara mereka yang gagal untuk mengeja suku kata terutama KVK.Daripada lembaran kerja mereka didapati hanya 2-3 orang sahaja yang boleh buat yang lain hanya mampu menjeling-jeling sahaja.Aku rasa mungkin tahap latihan ini terlalu tinggi dan aku minta cikgu Muraini untuk merendahkan sedikit tahapnya untuk masa akan datang.
Satu faktor yang besar adalah keikhlasan untuk belajar dikalangan mereka.Daripada maklumat cikgu Muraini mereka tak mahu sangat belajar tetapi hanya nak duit sahaja.Bila aku tengok cikgu Muraini pun macam dah tak semangat dan “give up” aje dengan situasi tersebut.Sabar jelah cikgu,itulah dugaan kita dalam mengubah mentaliti dan nilai seseorang individu,kaum atau bangsa.Kita perlu yakin setiap usaha yang ikhlas akan menghasilkan suatu keajaiban.Teruskan usaha mu cikgu Kental.
Sebelum aku balik,mereka telah bekalkan aku dengan bahan-bahan kraftangan yang unik dan seni.Bahan-bahan tersebut akan disumbangkan kepada Pusat Inkubator Pedagogi Pribumi yang diwujudkan kelak di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan.Terima kasih semua.
Saya sempat merakamkan pertandingan menyumpit di SK Bukit Rok.
ReplyDeleteUntuk melihatnya sila kesini: http://lamanpahang.blogspot.com/search/label/Menyumpit