Sunday, August 30, 2009

REALITI SK BUKIT ROK

Alang-alang ada KPKI di PPD Bera esok baik aku lencong sekejap ke SK Bukit Rok tengok Program KEDAP di sana.Bak pepatah orang tua “ Sambil menyelam minum Air “ kan.Kedudukannya lebih kurang 32 KM dari PPD Bera.

Jam 3.30 petang pada 11 HB Ogos 2009 ( Selasa ) aku tiba di SK Bukit Rok.Tapi sebelum tu..naik cuak!juga aku dibuatnya.Takut sesat dalam ladang sawit ni.Nasib baik juga bertemu dengan seorang brader tu,dia tunjukkan jalan ke sana.Banyak sangat simpang rupannya.Disebabkan sampai dah petang so..takde oranglah yang menyambutnya,cikgu takde murid-murid lagilah.Cuma aku disambut oleh jaganya sahaja.

Terkejut juga pada mulanya aku tengok keadaan sekolah ini yang jauh dari fantasi aku pada mulannya.Realiti yang tengok,peh!sudah dipenuh dengan bangunan-bangunan batu.Asrama putera dan puteri sahaja sampai 3 tingkat.Tetapi yang mahalnya,masih lagi meninggalkan bangunan-bangunan asalnya iaitu bangunan kayu.Diharapkan mentaliti dan pencapaian murid dan masyarakat disini pun sehebat kemajuan sekolahnya.

Masuk-masuk je..kedengaran guru sedang mengajar satu kelas.kelas tambahan kot.Punyalah semangat cikgu tu mengajar.Gaya-gayanya bukan orang tempatan di situ.Baguslah cikgu walaupun terpaksa mengajar di sekolah orang asli yang jauh macam ni cikgu masih bersemangat datang waktu petang buat kelas tambahan.Tahniah!cikgu…

Jam 4 petang aku masuk pulak kelas KEDAP.Hari ini ianya diajar oleh cikgu Muraini a/p Saat.Tetapi masuk-masuk aje kelas ini aku disambut oleh bau yang memasamkan hidung aku.Kalau tidak silap aku ini bau arak.Dilihat pada murid-muridnya kebanyakkannya pemuda-pemuda yang bertatu dilengan,badan dll.Ianya membuatkan aku sedikit menakutkan dan kurang selesa.Selain daripada cikgu Muraini,ia turut dibantu oleh dua orang cikgu lagi iaitu Cikgu Hodin B. Biau & Cikgu Asmaliza Bt. Hassan.

Apabila dilihat dari segi pencapaian mereka,daripada maklumat cikgu Muraini & Cikgu Asmaliza serta melalui pemerhatian aku,amat menyedihkan masih ramai antara mereka yang gagal untuk mengeja suku kata terutama KVK.Daripada lembaran kerja mereka didapati hanya 2-3 orang sahaja yang boleh buat yang lain hanya mampu menjeling-jeling sahaja.Aku rasa mungkin tahap latihan ini terlalu tinggi dan aku minta cikgu Muraini untuk merendahkan sedikit tahapnya untuk masa akan datang.

Satu faktor yang besar adalah keikhlasan untuk belajar dikalangan mereka.Daripada maklumat cikgu Muraini mereka tak mahu sangat belajar tetapi hanya nak duit sahaja.Bila aku tengok cikgu Muraini pun macam dah tak semangat dan “give up” aje dengan situasi tersebut.Sabar jelah cikgu,itulah dugaan kita dalam mengubah mentaliti dan nilai seseorang individu,kaum atau bangsa.Kita perlu yakin setiap usaha yang ikhlas akan menghasilkan suatu keajaiban.Teruskan usaha mu cikgu Kental.

Sebelum aku balik,mereka telah bekalkan aku dengan bahan-bahan kraftangan yang unik dan seni.Bahan-bahan tersebut akan disumbangkan kepada Pusat Inkubator Pedagogi Pribumi yang diwujudkan kelak di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan.Terima kasih semua.

Thursday, August 20, 2009

Antara yang cemerlang?

Begitulah isu-isu yang saya bawa untuk difikirkan bersama dengan staff-staff dalam kursus Etika kerja dan Pengurusan emosi di Sutra Beach Resort Merang,Kuala Terangganu.Ianya bermula dari 30Julai – 1 Ogos 2009.

Tetapi sebelum itu,apa yang bermain di alam fantasiku…AKU TAK BOLEH!Aku bukanlah orang yang layak untuk membincangkan isu etika kerja.Bagaimana ingin menjadi pekerja cemerlang.Aku budak-budak lagi.Nak bercakap dengan orang-orang yang jauh senior dan berpengalaman.Bolehkah aku melakukannya. Semuanya itu bermain-main dalam fikiran fantasiku.

Slotku bermula dengan lembu.Bagaimana kita dapat mengenali diri melalui lembu tersebut.Walaupun ianya simple tetapi mempunyai impak yang mendalam. Sekurang-kurangnya dapat mengembalikan nostalgia lalu semasa kecil kita. Suasana bermula dengan keceriaan dikalangan staff-staff.Permulaan yang baik. Paling penting yang ingin disampaikan adalah kenal diri sendiri. Mengajak semua termasuk saya untuk melihat kekuatan dan kelebihan disamping kelemahan diri.Dengan mengenali diri segala urusan,kerja dan tanggungjawab menjadi idea dan selaras.

Kecemerlangan dan kejayaan seseorang bukan terletak pada IQnya semata-mata tetapi EQ mempunyai pengaruh yang amat besar. Ianya terbukti dari kalangan staff-staff yang mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang,rata-ratanya tidak memiliki sijil akademik yang hebat.Ada kalangannya hanya dengan gred 3 dalam spm tetapi…dengan EQ yang hebat maka jadilah dia seorang pekerja yang hebat.

Anjing laut..binatang yang bijak.Dapat melakukan pelbagai aksi mengikut arahan tuannya.Tetapi dalam situasi yang lain kadang-kadang pelbagai aksi itu gagal dilaksanakan.MENGAPA? Anjing laut gagal untuk mengawal EQnya. Tewas dengan upah. Setiap kali selesai sesuatu aksi,secara automatik terus mencari tuannya mendapatkan upah tetapi kalau tidak ia akan memberontak.Jadi…jika dikait dengan kehidupan kita sebagai pekerja,tiap kali buat kerja fokus utama ganjaran,claim,anugerah cemerlang dll kita suka tetapi jika tidak dapat atau lewat aje…dah macam-macam keluar.Bukan saya mahu menafikan ganjaran,claim,anugerah itu.Ia penting juga tetapi tidaklah menjadi fokus utama.Yang penting Keredhaan Illahi dan keikhlasan.Tetapi dari sudut lain pula jika dilihat pada tabiat anjing laut itu,dia buat kerja/arahan dulu baru minta upahnya bukannya sebelum buat dah minta upah.FIKIR-FIKIRKAN lah….

Jika kita lihat pula kepada tabiat ayam,pabila matahari melabuhkan tirainya maka berlumba-lumbalah ayam yang mana tidur atas pokok,atas sakar dll tempat lagi. Sudah tidak boleh terbang. Ringkasnya mempunyai waktu terbang yang terbatas dari segi masanya.Kalau kita,masuk sahaja jam 4.45 petang sudah tidak boleh buat apa-apa.Mana yang mulanya sibuk dengan laptopnya mula shutdown,mula sembang-sembang.Betul tak?saya cakap pun untuk diri sendiri juga.Juga pada ayam,jika diancam musuh dia akan larikan diri.Bagi anak-anak ayam pula akan bersembunyi dibawah kepak ibunya. Ancaman tersebut bolehlah dianggapkan sebagai masalah. Kita perlu berhadapan dengan masalah kerana dari masalah itulah kita belajar. Dengan lari dari masalah bukan menyelesaikan masalah tetapi bertambah lagi masalah.Satu lagi yang jelas pada ayam,lepas mengais-gais dia akan tinggal sahaja. Samalah macam saya,lepas buat sesuatu kerja main tinggal sahaja.

TIKUS….. Sejenis haiwan yang tidak begitu ganas dan merbahaya.Namun haiwan ini boleh mendatangkan masalah kepada banyak golongan dari petani hingga ahli politik. Samada anda sedar ataupun tidak simbol tikus sudah lama bertapak dalam diri kita. Sifat TAMAK,GILA KUASA DAN FITNAH.Nak ke kita membasmi tikus dalam diri kita? Tapi bagaimana?

Paling utama dan pertama adalah dengan meningkatkan aktiviti kerohanian.Kembali mengabdikan diri kehadrat Illahi yang maha esa.Persoalannya,aktiviti kerohanian sudah cukup hebat tetapi tidak juga berjaya.Jawapanya kerana manusia sering memisahkan kehidupan kerohanian dan kehidupan realiti sehari-hari.

Keduanya nak tak nak kita perlu memiliki dan mencari kecekapan.Dengan kecekapan kita akan sedar tentang kedudukan kita.tetapi perlu diingatkan usah menggunakan kecekapan tersebut untuk kita menjadi ego dan tamak.

Satu perkara yang paling menyedihkan bila tikus dibawa kedalam diri kita sehingga ke tempat rehat kita yang terakhir.Lakukan pengorbanan seperti penolakan daripada orang sekeliling yang membawa kemusnahan dan kehancuran.Marilah kita membasmi tikus dalam diri.Tiada senyuman termanis selain daripada senyuman kemenangan bila tikus dapat dihapuskan.

Saturday, August 15, 2009

SK Penderas CEMERLANG


Tip top & marvellas…itu yang dapat saya katakan mengenai sambutan warga Sk Penderas,K.Krau,Temerloh terhadap Program Pemantauan KEDAP 2009 yang telah bermula dari 29 - 30 Julai 2009.Mulai dari Guru besarnya sehinggalah kepada gurunya,muridnya,staffnya,ibubapanya,tukang kebunnya dan jaganya sekali.Keikhlasan dan penerimaan di realitikan dari sambutan yang diberikan.
Dimulakan dengan sambutan paluan kompang oleh muridnya bak menyambut YB pulak membuatkan saya dan rakan-rakan teruja sangat.Membuatkan saya terus terharu kerana murid-murid terus berkompang tanpa mengira panas terik.Tanpa keikhlasan dan kesediaan warga Sk Penderas tidak akan membuat kami rasa begini.Keikhlasan itu diteruskan semasa mendaftarkan nama di kaunter pendaftaran dengan sebeg merah yang lengkap dengan makanan,minuman,mug,bahan bacaan dan macam-macam lagi.Dapat beg terus dijamukan pula dengan makan tengahari.Menunya,peh!tak dapat saya nak ceritakan sedapnya.Tak terkata.Setelah kenyang,kami dibawa ke bilik penginapan yang diluar jangkaan saya.Agak selesa dan lengkap.Program ini telah dirasmikan oleh YB Adun Penderas.

Petang itu,kami telah menjadi saksi kepada perubahan masyarakat pribumi ini.Perubahan itu jelas dapat disaksikan dalam kelas KEDAP.Abang dan kakak pribumi menunjukkan kesungguhan dan kebolehan dalam merubah kehidupan mereka selamanya.Bukti perubahan dan kesungguhan mereka dikuatkan lagi apabila saya melihat kepada folio yang mengandungi hasil-hasil tugasan yang disiapkan oleh mereka.

Setelah tamat kelas KEDAP,kami dibawa pula ke Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar di Perlok,15 km dari SK Penderas.Kami dapat melihat usaha gigih agensi tersebut dalam menjamin spesis ikan tempatan dapat terus kita nikmati dan amati.Tetapi usaha akan tinggal sekadar usaha sahaja jika sikap masyarakat yang tamat haloba terus menguasai diri.Akhirnya berputih matalah kita untuk lihat ikan patin, tapah,kelah,sebarau,jelawat dan ikan-ikan tempatan lain.Sayangilah ikan tempatan kita.

Balik dari Perlok,peluang menyaksikan budaya masyarakat semelai pula.Habis satu kampung turun untuk bersama kami berkongsi budaya dan amalan yang unik.Sungguh mengagumkan saya.Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan budayanya.Salah satu yang diperlihatakan adalah amalan berkhatan.Rupa-rupanya mereka pun berkhatan yea!Mereka pun ada seni silat.Apa yang boleh saya katakan,budaya masyarakat semelai ini lebih kurang budaya orang melayu.Program petang itu diakhir dengan pesta makan buah-buahan.

Pada malamnya,telah diadakan majlis solat berjemaah,tahlil dan solat hajat UPSR.Telah diimamkan oleh Imam masjid Kg.Paya Luas.Sayangnya tidak ramai jemaahnya.Sempat juga bersembang dengan Hj.Wahab,guru lama disitu tahun hadapan dah akan bersara.Masih ramai masyarakat dan murid yang tidak mendapat petunjuk islam.Apa yang menyedihkan agak kurang usaha dari jabatan agama islam daerah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.Apa bila diminta hadir ke majlis keagamaan yang dianjurkan oleh AJK masjid kg.penderas macam-macam alasan yang diberikan.Apatah lagi ingin menyumbangkan peruntukan kepada surau kampung.Kalau begitulah bagaimanakah sinar islam dapat terus bersinar.Saya amat kagum dengan usaha Hj.Wahab yang terus berusaha untuk menyedarkan masyarakatnya semelai tentang islam.Antara kejayaannya mengislamkan Bapa dan ibunya dan seterusnya keluarganya.Hj.Wahab,teruskan usahamu yang murni itu.Percayalah Allah swt akan sentiasa bersamamu.

Program ini diteruskan dengan kelas KEDAP yang diambilalih oleh kami pensyarah-pensyarah.Pengalaman yang amat bernilai dapat bersama-sama membina masyarakat semelai yang maju dan kehadapan daripada masyarakat-masyarakat pribumi yang lain.Dapat dilihat kesungguhan para pelajar tersebut untuk berubah.Teruskan usaha kalian.

Kini tibalah dipenghujung program,majlis perasmian penutup.oleh YB ahli parlimen K.Krau.Daripada majlis tersebut,dapat dilihat masyarakat orang asli dan masyarakat sekeliling sentiasa ingin bersama-sama pihak sekolah dalam merealisasikan impian kerajaan yang ingin meletakkan dan membawa masyarakat pribumi bersama-sama dalam aras permodenan dan globalisasi.Justeru itu,tidak hairanlah SK Penderas telah dinobatkan Sekolah Orang Asli paling cemerlang di Malaysia.Warga sekolah dan masyarakat bersama-sama berusaha mencipta kejayaan dan kecemerlangan.TAHNIAH!SK PENDERAS.

Keikhlasan perbuatan akan melahirkan hasil yang membanggakan dan akan diingati selama-lamanya oleh semua orang yang mengamati dengan iman.

Wednesday, August 12, 2009

Suatu Anugerah


Tanggal 9 Dis 2007 jam 3.32 petang aku dan wife telah dianugerahkan suatu anugerah yang cukup bernilai dari Illahi. MUHAMMAD FATHURRAHMAN atau AMAN insan amat disayangi. Suatu anugerah yang hanya suatu fantasi sebelum ini. Tidak pernah ku duga insan yang hina ini akan dianugerah kan suatu anugerah yang tidak ternilai. Kini ianya telah menjadi realiti. Ternyata ianya sememangnya realiti.Aku bersyukur pada Mu Ya Allah...
Kini usianya telah tiba di tahun 1 dan 8 bulan.Tetapi untuk sampai ke saat ini pelbagai pengalaman berharga yang telah kami lalui.Di usia 1 hari pun Allah telah menguji aku dan wife erti kesabaran,kepayahan dan yang paling berharga erti kesyukuran.Ianya suatu realiti kehidupan yang perlu aku dan wife hadapi.Aman telah disahkan mendapat penyakit kuning.Penyakitnya agak serius sehinggakan Doktor telah memohon kebenaran untuk menukar darah Aman.Ini telah membuatkan aku dan wife terkedu dan pilu.Apa yang perlu kami lakukan.
Tetapi Kuasa Mu tiada tandingannya,keesokkan harinya bacaan kuning telah menurun.Tiada yang dapat aku dan wife ucapkan hanyalah sujud kesyukuran terhadapMu ya Tuhan.Sekali lagi Aku dan wife diberi anugerah yang paling berharga iaitu nyawa dan kesihatan Permata kami,Aman sayang.
Walaupun Allah telah uji aku dan wife dengan ujian ini melalui Aman tetapi kini Allah ganti dengan penjagaan yang mudah dan lancar dalam kami menjaga serta membesarkan Aman.Tiada yang menyulitkan kami.Kalau aman membuas tu...Itu biasalah bagi aku.Kebuasan Aman itu adalah suatu hiburan dan terapi bagi kami.
Satu lagi aku panjatkan kesyukuran kehadratMu kerana memberikan aku seorang insan yang tabah,sabar dan kuat dalam melalui ujianMu.Insan tersebut SYARIPAH AZLIHA TUAN AZAM isteri tercinta.sabar dalam menjaga Aman dalam masa yang sama menghadapi kesan-kesan bersalin yang tidak dapat aku rasainya dengan rasa yang sebenarnya.Tanpa ketabahan,kesabaran dan kekuatannya mungkin sudah lama aku tewas.
Realitinya,kita sebagai hambaNya perlu dan mesti kembali kepadaNya mohon petunjuk dan bantuan pasti Allah akan mendengar rintihan dan terus memperkenankannya.Yang penting kesabaran dan bertawakallah padaNya.Usaha biarkan diri anda terus hanyut dengan dunia fantasi